Nama : Iqmal Hakim Bin Zamani
Tarikh Lahir : 21 April 1996 (16 Tahun)
Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Hobi : Bola Sepak, Renang dan Berbasikal
Sukan Yang Diceburi : Triathlon
Pencapaian Terbaik : TSLC Ironkids Phuket, Thailand (Pingat Perak)
TSLC Ironkids, Phuket 2011 Dec 3rd
Pada 3 Disember 2011 yang lalu, Iqmal Hakim Zamani telah menyertai satu pertandingan iaitu TSLC Ironkids Phuket, Thailand di mana ribuan peserta dari seluruh pelusuk dunia datang untuk bersaing sesama sendiri. Ini adalah salah satu penyertaan beliau yang paling berprestej di mana beliau dapat menguji dirinya untuk bersaing dengan atlit-atlit luar disamping meningkatkan potensi beliau dalam sukan triathlon ini.
 |
Sewaktu sesi latihan sebaik tiba di Phuket |
 |
PANAS BADAN... Sebelum cabaran bermula |
 |
Inilah basikal yang ditunggang Iqmal dalam setiap pertandingan yang disertainya |
Dengan sokongan keluarga, latihan dan komitmen yang diberikan beliau, beliau memulakan cabaran dengan acara renang dan berjaya menamatkan masa renang beliau pada 5 minit 10 saat dan meletakkan beliau pada kedudukan keseluruhan bagi renang di tempat ke-3 yang merupakan satu permulaan yang sangat baik.
 |
Sedikit kata-kata semangat dari bapa beliau sebelum memulakan cabaran TLSC Ironkids Phuket 2011 |
Kemudian beliau teruskan cabaran seterusnya degan acara berbasikal dan berjaya menamatkan masa pada 22 minit 5 saat dan pada keseluruhannya meletakkan beliau pada tempat ke-4 dan pada cabaran yang terakhir iaitu acara berlari pula, beliau berjaya menamatkan masa pada 15 minit 49 saat dan meletakkan beliau di tempat keseluruhan dalam acara berlari ditempat ke-9 dan jumlah masa keseluruhannya ialah 44 minit 37 saat sekaligus menamatkan cabaran beliau di tempat ke-2 untuk pingat perak.
 |
Meneruskan cabaran berbasikal pula |
 |
Teknik yang betul membantu beliau dalam menyimpan tenaga |
 |
LARI...Walaupun keletihan tetapi perjuangan mesti diteruskan |
 |
PINTAS...Iqmal memintas salah seorang peserta TLSC Ironkids |
 |
Iqmal (Kanan) bersama pemenang-pemenang bagi setiap kategori |
Beliau yang bersaing bersama seorang lagi atlit negara iaitu Edwin Thiang dan atlit dari Australia iaitu Nicolas Murphy bagi kategori Male 15 Years Old berhempas pulas bagi menamatkan saingan tersebut. Syabas untuk beliau. Satu pencapaian yang harus dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Syabas!
 |
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. Tahniah Iqmal... |
 |
Kesemua pemenang TLSC Ironkids Phuket 2011 |
 |
RAKAN... senegara Edwin Thiang |
 |
Cabaran telah pun dimulakan, Iqmal bermula dengan baik sekali... |
 |
Iqmal berjaya menyempurnakan cabaran renang dengan masa yang amat baik |
 |
PANTAS...berlari menuju ke tempat berbasikal sebaik menamatkan cabaran renang |
 |
Meneruskan cabaran berbasikal... |
 |
Menuju ke garisan penamat dalam cabaran terakhir... |
 |
Menunggu sesi penyampaian hadiah... |
 |
Iqmal berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan bagi kategori 15 Tahun (Lelaki) |
 |
Bersama basikal kesayangan beliau dan pingat yang dimenanginya... |